KPS 3014- PENGURUSAN BILIK DARJAH SEKOLAH RENDAH

KPS 3014- PENGURUSAN BILIK DARJAH SEKOLAH RENDAH

NAMA: PUTERI NURUL ANESSA BINTI MUHAMAD NASRIZAL

NOMBOR MATRIK: D20201095387

KUMPULAN : N


4.5 Pengurusan tingkah laku pelajar

Apakah itu tingkah laku?

Pengertian tingkah laku mempunyai pengertian yang amat luas. Menurut Bear, Wolf,Risley (1968) tingkah laku merupakan sesuatu percakapan atau kelakuan seseorang individu dan pada keseluruhannya merujuk kepada tindakan manusia yang boleh diperhati, dinilai dan diukur. Manakal menurut Raymond G. (2001) tingkah laku merupakan sesuatu yang dilakukan dan cara bertindak balas terhadap persekitaran. Tingkah laku boleh disimpulkan sebagai perangai kelakuan dan segala perbuatan yang melibatkan sesuatu sama ada dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Malahan, tingkah laku mencakupi gambaran emosi dan mental seseorang.


Apakah maksud pengurusan tingkah laku?

Pengurusan tingkah laku pula ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Ini juga adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu.


Jenis jenis tingkah laku.

Terdapat dua jenis tingkah di kalangan para pelajar. Antaranya:


1. Tingkah laku positif

2. Tingkah laku negatif


Tingkah laku positif bermaksud merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara contoh, tingkah laku positif ialah cepat belajar, suka mencuba, suka bertanya dan tekun. Manakala, tingkah laku negatif pula bermaksud merupakan tingkah laku yang baik untuk perkembangan mereka kerana dengan adanya tingkah laku ini mereka akan lebih bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara contoh, tingkah laku positif ialah cepat belajar, suka mencuba, suka bertanya dan tekun. Manakala antara tingkah laku negatif pula ialah hiperaktif, agresif, distruktifdan disruptif.



  • Hiperaktif - Merupakan tingkah laku aktif yang terlampau. Murid murid tidak dapat duduk diam ketika di dalam kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Contohnya, mereka akan memanjat ke atas almari dan duduk di atas meja sambil belajar.

  • Agresif- Tindakan ini adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh,suka memaki hamun dan sebagainya.

  • Distruktif- Merupakan perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

  • Disruptif/ menaganggu- Merupakan perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.



Faktor faktor mempengaruhi tingkah laku pelajar



Antaranya ialah faktor persekitaran, emosi dan didikan ibu bapa. 


Faktor persekitaran:

  • Masalah tingkah laku biasanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran seperti persekitaran rumah kerana tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa. 

  • Pengaruh rakan sebaya; taraf sosioekonomi keluarga, dan pemakanan merupakan faktor persekitaran yang mempengaruhi tingkah laku pelajar. 

Faktor emosi:

  •  Emosi berupaya mempengaruhi tingkah laku seseorang.  Masalah emosi yang dialami akan sering mengganggu diri pelajar

  • Menyebabkan emosi mereka tidak stabil (Gross, 1995). Selain itu, pelajar terbabit juga tidak dapat memberikan tumpuan yang agak lama terhadap proses pembelajaran apabila emosinya terganggu.

  •  Tingkah laku individu tersebut juga lazimnya sukar dikawal dan pada kebiasaannya akan bertindak mengikut emosi tanpa berfikir panjang.

Didikan ibu bapa:

  • Didikan ibu bapa juga boleh merupakan salah satu punca masalah emosi yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Sikap serta layanan ibu bapa akan mempengaruhi tingkah laku anak-anak mereka (Wilmshurst & Brue, 2005)

  • Kekurangan perhatian beserta kasih sayang oleh ibu bapa boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu berasa tersisih, tidak dihargai dan perasaan ini seterusnya akan menyebabkan timbulnya  pelbagai karenah dan tingkah laku negatif yang sukar dikawal.


Teknik menangani masalah tingkah laku pelajar


Untuk menyelesaikan dan mengurangkan masalah tingkah laku di kalangan pelajar sekolah rendah  di dalam kelas , terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menangani masalah tingkah laku yang boleh dilakukan oleh guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan . Antaranya ialah:


Peneguhan dan penghapusan

  • Guru hendaklah membiasakan diri memberikan peneguhan seperti kata-kata pujian, kata-kata perangsang, bintang atau hadiah bagi memperkukuh pencapaian ataupun tingkah laku yang diingini.

  • Namun pemberian hadiah dan bintang perlulah dikurangkan dan dihapuskan apabila tingkah laku yang diingini itu telah berjaya dikuasai oleh murid tersebut secara konsisten.  

  •  Manakala bagi tingkah laku yang tidak diingini pula, ia boleh dihapuskan atau dikurangkan melalui proses penghapusan. 

Pembelajaran yang menyeronokkan

  •  Pembelajaran yang menyeronokkan akan mendorong murid-murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.

  • Akan menarik minat serta tumpuan mereka untuk mengikuti proses pembelajaran dengan berkesan.

Pembetulan semula

  • Prosedur yang memerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau kesalahan yang dilakukan melebihi keadaan sebelumnya

  • Sebagai contoh, membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali

Hukuman dan dendaan

  • Hukuman ringan diberikan. Pada Zaman kini guru guru tidak boleh sama sekali mendenda atau merotan pelajar. Dan ianya merupakan satu kesalahan.

  • Namun hukuman ringan sebagai tanda peringkat boleh diberikan tidaklah melebihi


Rumusan

Kesimpulannya, tingkah laku kebergantungan dicirikan dengan dengan kegagalan murid untuk menunjukkan tingkah laku tanpa sokongan orang lain seperti rakan atau guru. Sekiranya murid dapat melakukan sesuatu hanya dengan adanya sokongan dan bantuan rakan atau guru, mereka sebenarnya telah bergantung dan bukannya tidak berkeupayaan.

Itu sahaja dari kami:

Blog kumpulan 4- https://kumpulanempatkps.blogspot.com/
Blog kumpulan N-https://kps3014n2021.wixsite.com/kumpn
Blog ahlikumpulan :

1. Fatin - https://d095344-kps.blogspot.com/2021/05/maksud-pengurusan-bilik-darjah-cara.html
2, Nasha - https://nornasharina22.blogspot.com/
3. Aisyah - https://d094126kps3014.blogspot.com/
4. Anis- https://d095381.blogspot.com/2021/05/peraturan-dan-rutin-bilik-darjah.html
5. Puteri- .https://d095387.blogspot.com/2021/06/kps-3014-pengurusan-bilik-darjah.html

 


Comments